Wednesday, October 28, 2009

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Nama Syarikat : Zafawana Food Industries Sdn Bhd
No. Pendaftaran : MA 020222
Tahun Ditubuhkan : 13 Oktober 2007
Jenis Organisasi : Syarikat Persendirian
Pendaftaran : KEMENTERIAN HAL EHWAL PERDAGANGAN

PROFIL SYARIKAT

Zafawana Holdings Bhd ditubuhkan pada 13 Oktober 2007 dan merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk makanan yang berasaskan buah-buahan tempatan iaitu buah mata kucing. Walaupun lebih memberi penumpuan terhadap pengeluaran jem buah mata kucing, syarikat ini berhasil melakukan inovasi terhadap variasi produk jem ini dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Zafawana bermula dengan syarikat yang sederhana di dalam pasaran industri makanan Malaysia. Bermula dengan beberapa pengedar yang bertauliah, Zafawana terus bangkit bagi memasarkan produk makanannya di seluruh Malaysia seterusnya meluaskan empayar mereka ke luar negara. Syarikat ini hanya menerima pekerja yang diiktiraf kepakarannya dalam bidang teknologi makanan. Ini bagi memastikan penghasilan produk yang selamat dan menepati standard piawaian yang telah ditetapkan secara tidak langsung meraih kepercayaan pengguna.

Kualiti produk dan telah mendapat pengiktirafan serta pendedahan terhadap khasiat buah-buahan para pengedar dan pengguna dalam menggunakan jem ini sebagai makanan tambahan dalam kehidupan seharian.


TUJUAN

Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai khasiat buah-buahan sebagai makanan sampingan kepada masyarakat untuk diamalkan.


OBJEKTIF
  1. Memenuhi permintaan dan kepuasan pelanggan.
  2. Memastikan produk syarikat sentiasa berkualiti serta mengikut piawaian yang ditetapkan oleh sesebuah negara.
  3. Mampu bersaing dengan syarikat-syarikat yang terkenal di pasaran yang dimasuki dan berusaha menjadi ketua dalam pasaran.
  4. Menjadikan pengeluaran untama produk yang menggunakan buah mata kucing sebagai sumber utama supaya dapat diinovasikan.

VISI
Menghasilkan produk keluaran berasakan buah mata kucing.


MISI
  1. Meluaskan rangkaian perniagaan bagi produk makanan yang berasaskan buah mata kucing.
  2. Meningkatkan penglibatan bumiputera dalam perniagaan.
  3. Meningkatkan pengetahuan pengguna terhadap produk kesihatan yang berasaskan buah-buahan terutamanya buah mata kucing.
  4. Memperkenalkan produk makanan yang berasaskan buah mata kucing sebagai alternatif kepada pengguna.


Tuesday, October 27, 2009

Mata Kucing




Pokok Mata Kucing merupakan sejenis subspesies pokok Longan. Pokok ini dikenali sedemikian kerana rupa dan saiz buahnya yang seperti mata kucing. Buah mata kucing kecil sedikit dari buah longan.

Setiap pokok Mata Kucing mampu mengeluarkan 2,000 hingga 2,500 biji buah setiap kali musim berbuah. Di Malaysia ia banyak ditanam di 20 hektar tanah di Kampung Lasah.

Terdapat beberapa jenis (sub spesies) Mata Kucing iaitu

  • Mata Kucing Sau
  • Mata Kucing Isau
  • Mata Kucing Kakus

Buah Mata Kucing mempunyai kandungan antioksidan ini juga sesuai bagi wanita hamil dan bijinya dikatakan boleh digunakan untuk mengubati gigitan ular.