Zafawana bermula dengan syarikat yang sederhana di dalam pasaran industri makanan Malaysia. Bermula dengan beberapa pengedar yang bertauliah, Zafawana terus bangkit bagi memasarkan produk makanannya di seluruh Malaysia seterusnya meluaskan empayar mereka ke luar negara. Syarikat ini hanya menerima pekerja yang diiktiraf kepakarannya dalam bidang teknologi makanan. Ini bagi memastikan penghasilan produk yang selamat dan menepati standard piawaian yang telah ditetapkan secara tidak langsung meraih kepercayaan pengguna.
Kualiti produk dan telah mendapat pengiktirafan serta pendedahan terhadap khasiat buah-buahan para pengedar dan pengguna dalam menggunakan jem ini sebagai makanan tambahan dalam kehidupan seharian.
TUJUAN
Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai khasiat buah-buahan sebagai makanan sampingan kepada masyarakat untuk diamalkan.
OBJEKTIF
- Memenuhi permintaan dan kepuasan pelanggan.
- Memastikan produk syarikat sentiasa berkualiti serta mengikut piawaian yang ditetapkan oleh sesebuah negara.
- Mampu bersaing dengan syarikat-syarikat yang terkenal di pasaran yang dimasuki dan berusaha menjadi ketua dalam pasaran.
- Menjadikan pengeluaran untama produk yang menggunakan buah mata kucing sebagai sumber utama supaya dapat diinovasikan.
VISI
Menghasilkan produk keluaran berasakan buah mata kucing.
MISI
- Meluaskan rangkaian perniagaan bagi produk makanan yang berasaskan buah mata kucing.
- Meningkatkan penglibatan bumiputera dalam perniagaan.
- Meningkatkan pengetahuan pengguna terhadap produk kesihatan yang berasaskan buah-buahan terutamanya buah mata kucing.
- Memperkenalkan produk makanan yang berasaskan buah mata kucing sebagai alternatif kepada pengguna.
No comments:
Post a Comment