Wednesday, November 18, 2009

ANALISIS SWOT

  • Sebelum aktiviti pemasaran yang terperinci dibuat, syarikat mesti mengetahui persekitaran yang berpotensi dan persekitaran semasa dimana produk dan perkhidmatan ditawarkan.
  • Semasa menganalisis kekuatan dan kelemahan dalaman, syarikat perlu fokus kepada sumber organisasi seperti kos pengeluaran, kemahiran pemasaran, sumber kewangan dan imej korporat.
  • Dalam menganalisis peluang luaran, syarikat perlu menganalisis aspek yang berkaitan dengan pesekitaran pemasaran.

Kekuatan (Strengthts)

  • Kekuatan yang ada pada jem ini ialah ia dibuat dengan proses yang berkualiti tinggi. Buah mata kucing yang segar boleh didapati. Proses penghasilan yang dilakukan dengan teliti dengan ia memastikan mengikut standard yang telah ditetapkan bagi menjamin kesegaran jem. Mempunyai khasiat yang dinamakan fitokimia, senyawa – senyawa kimia, asam tartarik, glukosa, vitamin A, B, protein dan lemak. Kandungan zat yang terdapat dalam isi buah tersebut bermanfaat untuk reflaksi badan, penenangan saraf, menyihatkan jantung dan limpa, penambah tenaga, pemulihan stamina, memperbaiki penyerapan makanan pada usus, mengatasi cacingan, menyihatkan mata, susah buang air kecil, sakit kepala, keputihan dan hernia. Dalam beberapa aspek, biji dan daun buah mata kucing juga bermanfaat untuk anti oksidan, anti radang dan kelegaan demam. Harga yang ditawarkan ialah berpatutan dan ia mampu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat. Harga yang ditawarkan juga adalah lebih rendah kerana syarikat menjalankan promosi terhebat serta diyakini oleh masyarakat sejagat.

Kelemahan (Weaknesses)

  • Syarikat berhadapan dengan risiko pengguna yang setia kepada jenama kukuh di pasaran dimana mereka ini sukar untuk menerima produk dalam pasaran sedia ada. Masalah dari segi aspek keperluan sumber kewangan pada mulanya syarikat memerlukan kos yang agak tinggi untuk menampung kos pengiklanan, promosi dan sebagainya. Pengguna lebih kenali dengan jus buah – buahan yang terdapat dipasaran dan kurang maklumat mengenai buah –buahan tempatan iaitu buah mata kucing mengandungi banyak khasiat di dalamnya

Peluang (Oppurtunities)

  • Pasaran jem buah – buahan di negara Singapura adalah masih baru dan kurang mendapat perhatian masyarakat. Seperti yang diketahui pasaran tempatan adalah tinggi dan peluang untuk memasuki pasaran tersebut adalah tipis. Dengan cara itu promosi secara aktif dilakukan bagi memastikan pengguna mengetahui akan kewujudan produk baru ini di pasaran. Peluang syarikat adalah lebih terbuka bagi pengguna yang menginginkan kelainan dan kepelbagaian dalam menikmati perisa buah – buahan yang segar.

Ancaman(Threatens)

  • Syarikat haruslah memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan sasaran dengan tepat melalui promosi secara besar-besaran. Selain itu, syarikat perlu bersedia untuk menghadapi segala tindak balas pesaing yang membuat sebarang pengubahsuaian yang lebih baik terhadap produk keluaran mereka. Masalah mengenai teknologi yang rendah akan menyebabkan produktiviti produk harian akan terganggu dan menjejaskan imej produk dan syarikat.

No comments:

Post a Comment