Wednesday, November 18, 2009

SEJARAH SINGAPURA


1. Demografi

a) Singapura merupakan salah satu negara yang paling padat di dunia

b) Penduduk Singapura terdiri daripada majoriti etnik Cina (76.8%), etnik Melayu yang merupakan penduduk asal (13.9%), dan etnik India (7.9%).

2. Bahasa

a) Bahasa-bahasa rasmi adalah Inggeris Melayu, Cina (Mandarin) dan Tamil. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan tetapi lebih bersifat simbolik..

3. Ekonomi

a) Singapura memiliki sebuah pasaran ekonomi yang maju dan terbuka dengan KDNK (keluaran dalam negara kasar) per kapita kelima tertinggi di dunia.

b) Bidang eksport, perindustrian dan perkhidmatan merupakan aspek-aspek terpenting dalam ekonomi Singapura. Kerajaan Singapura memiliki simpanan wang wajib kepada para pekerja.

c) Era globalisasi yang terjadi pada saat ini menyebabkan Singapura memberi lebih perhatian kepada usaha untuk menjadikan negara tersebut sebagai pusat kewangan dan teknologi dirantau Asia

4. Geografi

a) Singapura, sebuah negara pulau sebesar 692.7 km² tercantum kepada Johor melalui sebuah tambak di Woodlands

b) Singapura juga mempunyai sebuah jambatan (Laluan Kedua Malaysia-Singapura) yang bersambung dengan kawasan Gelang Patah di Johor.

5. Pendidikan

a) Pendidikan, singapura mementingkan kecemerlangan ilmu tanpa mengira latar dari pelbagai murid.

b) Sains dan teknologi, Singapura sering berada dihadapan dalam pendedahan kepada perkembangan ilmu terkini.

c) Misalnya singapura antara negara pertama yang memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat.

6. Budaya

a) Singapura adalah sebuah negara kecil yang didiami keturunan pendatang dari pelbagai kaum.

b) kumpulan masyarakat yang dikenali sebagai kaum Peranakan atau 'Baba' wujud hasil daripada perkahwinan di antara masyarakat Melayu dan Cina pada masa silam.

7. Politik

a) Perlembagaan Singapura berdasarkan sistem Westminster kerana Singapura merupakan bekas jajahan United Kingdom.

b) Jawatan Presiden adalah simbolik dan kuasa memerintah berada di tangan Perdana Menteri yang merupakan ketua parti politik yang memiliki kedudukan majoriti di Parlimen.

c) Arena politik dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang telah memerintah sejak Singapura merdeka. Pemerintah PAP sering dikatakan memperkenalkan undang-undang yang tidak memberi kesempatan untuk parti-parti pembangkang tumbuh dengan efektif. Cara pemerintahan PAP dikatakan lebih cenderung kepada autoritarian daripada demokrasi yang sebenarnya.

d) cara pemerintahan tersebut berhasil menjadikan Singapura sebuah negara yang maju, bebas daripada rasuah dan memiliki pasaran ekonomi yang terbuka.

e) Para ahli politik menganggap Singapura sebuah negara yang berfahaman 'Demokrasi Sosialis'.


8. Sistem perundangan

a) Singapura telah mewarisi tradisi sistem perundangan inggeris (khususnya dalam bidang komersial atau perdagangan.

b) Meskipun terdapat masalah – masalah yang menyatakan bahawa hak – hak asasi manusia serta perlindungan hukum bagi individu – individu tidak seiring dengan hukum untuk kegiatan ekonomi namum kejayaan pemerintah singapura dalam meningkatkan kesejahteraan ekonomi telah mewujudkan kepercayaan sedemikian sehingga negara dan masyarakatnya lebih memilih peraturan yang keras dan berdisiplin serta mempunyai sosial yang tinggi.

9. Iklim

a) Singapura beriklim panas dan lembab sepanjang tahun dengan suhu di bawah 20°C (68°F), meskipun di kala malam, dan kebiasaannya meningkat kepada 30°C (86°F) apabila siang. Pada waktu tertentu suhunya boleh juga mencapai kira-kira 35°C. Kelembapan sangat tinggi, memuncak melebihi 75%

b) November dan Disember merupakan musim hujan manakala June-August merupakan waktu yang terbaik untuk dilawati. Kepada pelancong yang gemar untuk berjemur, Singapura merupakan tempat yang ideal kerana beriklim khatulistiwa.

10. Lokasi

Peta lokasi negara Singapura


a. Topografi

Lokasi: Asia Tenggara, pulau antara Malaysia dan Indonesia

Kordinat Geografi: 1 22 N, 103 48 E

Keluasan: 647.5 sq km

Darat: 637.5 sq km

Air: 10 sq km

Tanah Sempadan: 0 km

Garisan Pantai: 193 km

Aras Ketinggian:

Kawasan Terendah: Selat Singapura 0 m

Kawasan Tertinggi: Bukit Timah 166 m

Kawasan Tanah dan Ciri-ciri Semulajadi: Tanah Pamah (dataran tinggi yang

berombak dengan kawasan tadahan air dan flora dan fauna)

No comments:

Post a Comment